Saturday, March 12, 2016

SUATU MALAM YANG MENGUBAH HIDUP SEORANG GURU



Semasa bertugas disalah sebuah sekolah di daerah Kinabatangan
( berbaju gelap paling hujung sebelah kiri )

Suatu malam yang mengubah hidup seorang guru bernama Cikgu Umbran Bin Salasandi, selepas terbabit dalam kemalangan di batu 6 jalan Labuk Sandakan pada tahun 2004 jam 12 malam. Siapa sangka malam itu merupakan malam terakhir bagi cikgu Umbran bersama rakan-rakan guru berborak, bergurau, gelak dan tawa sambil menonton perlawanan bola sepak disebuah restoran sebagai insan normal.

Kenangan semasa bergelar guru pelatih di Maktab Perguruan Sandakan

Ketika malam semakin larut, cikgu Umbran dan rakan-rakan mula bergerak pulang. Cikgu Umbran pandu kereta kancil untuk pulang ke rumah di Taman Sejati, namun ketika berada dilokasi kejadian semasa hendak keluar simpang untuk ke jalan utama. Tiba-tiba kereta yang dipandu oleh cikgu Umbran telah dirempuh kuat dari arah belakang, cikgu Umbran tidak sedarkan diri selepas kemalangan tersebut.

Ketika menggunjungi cikgu Umbran

Sejak itu hidupnya berubah sepenuhnya, doctor sahkan cikgu Umbran mengalami kecacatan kekal iaitu lumpuh seluruh badan. Cikgu Umbran bekas guru pelatih di Maktab Perguruan Sandakan, tapi beliau tidak ingat tahun berapa. Sekolah terakhir beliau ialah di SK. Sung Siew dan pernah juga bertugas daerah Kinabatangan. Kini beliau berusia 44 tahun dan hanya mampu terlantar diatas katil sepanjang masa. Cikgu Umbran kini tinggal bersama ibu dan kakak di Taman Sejati, lot 162, lorong 9, jalan Airport Sandakan.

Syukurlah masih ada yang sayang, kunjungan rakan-rakan guru dari SK. Sung Siew Sandakan

Walaupun menerima pampasan dari pemilik kenderaan yang menyebabkan kemalangan itu, namun ia tidak boleh kembalikan hidup rutin cikgu Umbran sebagai insan normal. Cikgu Umbran juga ada menerima wang pencen dan selain itu beliau juga ada menerima sumbangan dari Badan Kebajikan setiap bulan. Hanya itu yang diguna bagi menampung hidup seharian beliau, selain berusaha sendiri untuk terus mengumpul kekuatan dan ketabahan dalam menyudahkan hidup yang ditakdirkan kepadanya. Pada raut wajah cikgu Umbran tergambar jelas kesedihan hidup yang dilaluinya, apa yang diharap bukan wang ringgit tapi hanya kunjungan rakan-rakan yang mengenali beliau. Kunjungan itu akan membuat cikgu Umbran termotivasi untuk meneruskan hidupnya yang masih jauh dan kelam.

No comments: