Wednesday, March 30, 2016

Persaraan Datuk Jame Alip



“Legasi 1 Agenda 1 Impian” kata-kata keramat yang patut diteruskan,  Selamat Bersara YBhg Datuk Jame Alip Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Warga pendidik seperti  kehilangan seorang pemimpin, seorang bapa, seorang abang dan seorang kawan yang sangat dedikasi. Beliau seorang pegawai kerajaan yang begitu pro akif dalam soal pembangunan pendidikan di negeri di bawah bayu ini, pegawai yang sering turun padang melihat sendiri masalah-masalah yang di hadapi oleh warga pendidik dan murid-murid sekolah. Amanat beliau kepada warga guru yang bergelar pemimpin dalam pendidikan "Zaman sekarang kita tidak boleh lagi duduk sahaja di pejabat. Kita kena mendekati masyarakat melalui konsep turun padang,". Ungkapan yang pernah dijadikan anjakan motivasi bagi warga pendidik suatu masa dahulu, KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI? KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI?.....DAN  KALAU BUKAN DI DAERAH TUAN,......DI SEKOLAH TUAN DI MANA LAGI? ......DAN KALAU BUKAN DI NEGERI SABAH DI MANA LAGI?...SIAN BANI MANANG!!!!. Semoga YBhg Datuk terus dikurniakan kesejahteraan, umur yang panjang, dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik disamping keluarga tersayang.

No comments: