Tuesday, March 15, 2016

Cerita Batu Sapi Sandakan



Mengikut dongeng masyarakat setempat kampung asal usul tempat berdirinya batu sapi itu ialah sebuah perkampungan nelayan.Kini ia menjadi warisan dan mercu tanda buat Sandakan. Daripada namanya Batu Sapi ia merupakan struktur batu tepi laut yang berbentuk seperti seekor lembu. Taman warisan yang menempatkan Batu Sapi berada muara laut Sandakan yang terletak kira-kira 12 kilometer daripada pusat bandar.

Mengikut dongeng masyarakat setempat kampung asal usul tempat berdirinya batu sapi itu ialah sebuah perkampungan nelayan. Kononnya pada suatu hari ada seekor buaya yang besar berenang menuju ke kampung itu pada waktu magrib ketika penduduk kampung sedang berada di dalam rumah masing-masing. Kebetulan pada masa itu seekor lembu jantan ternampak kedatangan buaya lalu ia terjun ke laut untuk melawannya. Orang kampung kemudian keluar beramai-ramai  untuk menyaksikan pertarungan kedua-dua haiwan itu. Bagaimanapun, menurut dongeng itu ketika pertarungan sedang berlangsung dengan sengitnya, kedua-dua haiwan itu tiba-tiba disambar petir, lalu menyebabkan kedua-duanya bertukar menjadi batu. Jika diperhatikan betul-betul terdapat satu struktur batu berbentuk buaya pada kaki struktur batu yang berbentuk seekor lembu.

No comments: